Go

Program Stray Animal Feeding Telah Berlangsung Tad..

 




Program Stray Animal Feeding telah berlangsung tadi dengan penyertaan pelbagai peringkat umur. Selain menjejak keberadaan kucing jalanan dan memberi makan. Para peserta juga diberi tugas mengenal pasti mana-mana kucing jalanan yang masih belom menjalani pemandulan untuk ditangkap dan dibuat pemandulan pada sesi akan datang.

Sesi kali ini bermula jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang dijalankan di kawasan Taman Melawati, Ampang Selangor dengan usahasama Ruma Yoga sebagai penyelaras program.

Animal Malaysia juga akan berterusan berusaha menganjurkan program seumpama ini untuk kebaikan kawalan populasi melalui pemandulan yang bakal dilakukan berperingkat mengikut kawasan.

Terima kasih diucapkan kepada sukarelawan yang turut bersama pada program kali ini.

Masyarakat di luar sana yang mahu bersama memeriahkan suasana tetapi terhalang atas kekangan masa dan keberadaan jauh juga boleh membuat sumbangan makanan kucing atau anjing kepada Animal Malaysia. Bagi sumbangan kewangan boleh disalurkan terus ke akaun berikut :

Nama Akaun : PERSATUAN HAIWAN MALAYSIA

No. Akaun : 105380001899

Nama Bank : Affin Bank Berhad

Reference – Stray Food

Atau pemegang akaun TNG E-Wallet boleh scan QR TNG E-Wallet yang disediakan di poster timeline atau dalam poster bergambar di bawah.

Sokongan anda untuk kebahagiaan haiwan jalanan!

#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.