Go

Punca Banyak Berlakunya Kezaliman Dan Penganiayaan..

 




Punca banyak berlakunya kezaliman dan penganiayaan kucing dan anjing antaranya adalah disebabkan lambakan haiwan ini di jalanan. Selagi akar masalah ini tidak dituntas. Selagi itulah tidak akan pernah padam mahu pun tidak akan berkurangan pandangan tentang tangkapan anjing dan kucing jalanan.

Satu Mesyuarat Penyelarasan Pusat Haiwan diadakan semalam dengan beberapa pihak antaranya pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi mencari jalan mengusahakan rancangan Pusat Haiwan Animal Malaysia.

Antara intipati perbincangan ialah kawalan populasi, pembangunan Pusat Haiwan dan langkah pro aktif selepas kucing dan anjing jalanan ditangkap dan dimandulkan kelak.

Turut keihatan bersama Presiden Animal Malaysia Arie Dwi Andika ialah Dato’ Ir. Auniah Ali dan beberapa anggota Jawatankuasa Animal Malaysia yang bertungkus lumus menjayakan pembangunan Pusat Haiwan iaitu Saudara Ameer Khas (Exco Penguatkuasaan Undang-Undang & Penyiasatan – Jenayah Haiwan), Cik Asha (Exco Pengurusan & Acara), Cik Mra Ghaus (Exco Haiwan Domestik) dan Saudara Faiz Ghaus (Exco Pengangkutan & Fasiliti)

Dalam perkembangan lain. Persatuan Haiwan Malaysia juga mendapat kemudahan daripada syarikat Touch N Go E-Wallet untuk memudahkan masyarakat yng memiliki akaun TNG E-Wallet membuat sumbangan melalui sistem QR Code TNG E-Wallet. Ia sebagai satu langkah memudahkan masyarakat.

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.