Tidak Ada Beban. Batu Digalas.". Itulah Perumpamaa..
Tweet |
“Tidak ada beban. Batu digalas.”
Itulah perumpamaan berlaku terhadap Zoo Negara hari ini.
Animal Malaysia menggesa Kerajaan supaya pulangkan semula segera tiga Panda yang ditempatkan di Zoo Negara ke negara asal. Dikala rakyat diseru bantu Zoo Negara yang merintih tersepit masalah kewangan. Perbelanjaan tinggi Panda adalah satu faktor kos berlebihan terpaksa dibebankan atas bahu Zoo negara.
Memang tidak dinafikan kerajaan ada membantu kos operasi tahunan Zoo Negara sebanyak RM1.3 juta setahun. Tetapi bayaran Insurans Panda sahaja dimaklumkan sebanyak RM680,000.00. Ini merupakan pembaziran dan penyebab kewangan Zoo Negara mengalami kesusutan untuk dibelanjakan ke haiwan lain.
Zoo Negara juga harus berterus terang dengan pendirian supaya tidak menjadi ‘Pak Sanggup’ terhadap tanggungjawab di luar kemampuan ini. Lebih baik utamakan usaha konservasi spesis haiwan liar tempatan yang termaktub dalam Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.
Rujuk Berita Harian 01/12/2020 :
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/11/760031/ngo-desak-kerajaan-pulangkan-tiga-panda-ke-china
#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation
#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010
Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..
Tweet |
Facebook Comments