Go

Krisis Kekurangan Sumber Makanan Di Zoo Negara. An..

 




Krisis kekurangan sumber makanan di Zoo Negara. Animal Malaysia berpendirian sekarang bukan masanya bertelagah soal siapa betul siapa salah. Walau apa jua keadaannya haiwan dalam Zoo perlu makan dan perlu kesinambungan hidup.

Cadangan setiap rakyat Malaysia hulur RM10.00 adalah hal paling mudah jika 1 juta masyarakat lakukan serentak. Ia akan mampu mengumpul RM10 juta untuk perbelanjaan setahun Zoo Negara. Setakat semalam Zoo Negara melaporkan hanya berjaya mengumpulkan perbelanjaan sementara sebanyak RM300,000.00 sahaja dan ianya bersifat sementara.

Presiden Animal Malaysia juga menyuarakan pandangan dalam akhbar Harian Metro Ahad, 29/11/2020 mengenai perlunya rakyat Malaysia bersatu menjayakan bantuan untuk haiwan dalam Zoo Negara.

Sekali pun melepaskan haiwan ke alam luar dan habitatnya. Ia bukan jaminan kehidupan untuk haiwan liar yang berada dalam negara yang sedang mengalami kemerosotan hutan. Sekali gus kekurangan sumber makanan, ancaman nyawa dan haiwan liar di hutan juga kini bertebaran di jalan raya dan kawasan kepadatan penduduk.

Apa pilihan yang ada sekarang? Jangan tunggu lagi. Bersama bantu haiwan di Zoo Negara!

Semoga usaha konservasi haiwan yang dilakukan Zoo Negara dapat dipertingkatkan.

Untuk bantu Zoo Negara. Dapatkan maklumat di laman web https://www.zoonegaramalaysia.my/

#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.