5 Ekor Anak Anjing Mati Disyaki Diracun Tanpa Seba..
Tweet |
5 ekor anak anjing mati disyaki diracun tanpa sebab. Adalah anak anjing begini juga menjadi ancaman kepada penduduk hingga tergamak meracun makhluk kerdil, kecil dan lemah ini?
Kejadian berlaku pagi tadi dan saksi memaklumkan melihat anjing menggelupur sebelum mati bergelimpangan dalam keadaan ngeri dan mulut keluar buih.
Menurut Encik Kumar yang juga merupakan penduduk di Rumah Pangsa PKNS, Seksyen 20 Shah Alam, Selangor. Kejadian disedarinya jam 1.00 petang di kawasan tempat letak kereta. Namun dia juga tidak dapat mengetahu siapa pelaku memandangkan ramai penduduk yang tidak suka pada anjing.
Dikawasan sama terdapat juga beberapa ekor anjing dewasa yang menumpang berteduh namun dia tidak tahu apakah nasib anjing-anjing tersebut memandangkan kelibat anjing berkenaan tidak kelihatan.
Sehubungan itu Animal Malaysia menasihati penduduk agar tidak melakukan tindakan sendiri membunuh haiwan sewenang-wenangnya hingga ke tahap pembunuhan. Ini kerana anjing jalanan juga dilindungi undang-undang dan membunuhnya dengan sengaja adalah satu Jenayah Kezaliman Haiwan.
#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation
#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010
Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..
Tweet |
Facebook Comments