Go

Kegembiraan Dua Anjing Bersahabat Berakhir Tragedi..

 




Kegembiraan dua anjing bersahabat berakhir tragedi mati ditembak kejam tanpa peri kemanusiaan oleh manusia durjana yang sakit hati kehadiran mereka.

Kejdian disedari jam 7.00 pagi oleh penduduk kampung yang bertanggungjawab beri kedua-dua anjing ini makanan setiap hari. Kedua ekor anjing ini adalah anjing jalanan yang menumpang teduh di kawasan kampung berdekatan Ladang Ketengah Perwira, Bandar Cheneh Baru, Kemaman Terengganu.

Animal Malaysia menerima aduan penduduk pada awal pagi tadi sekitar jam 7.00 pagi. Menurut penduduk di Bandar Cheneh Baru, kedua-dua ekor anjing tersebut diberi makan penduduk secara begilir-gilir dan kehadiran anjing-anjing itu dianggap sebagai penjaga kawasan kediaman sekitarnya. Kali terakhir anjing ini dilihat pada petang semalam sekitar jam 6.00 petang ketika penduduk memberi makan kepada mereka.

Namun amat menyedihkan pada pagi tadi kedua-dua anak jalanan ini ditemui mati dalam keadaan mengerikan ditembak tanpa belas kasihan. Penduduk yang menemui kedua bangkai anjing berserta kelongaong peluru amat kecewa memandang anjing-anjing ini adalah kesayangan penduduk kerana jasanya yang menjaga kawasan.

Satu laporan polis telah dibuat wakil penduduk dan laporan tersebut telah dipanjangkan ke Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia di Putrajaya. Laporan dibuat supaya siasatan dapat dijalankan dan untuk memberikan keadilan kepada anjing malang ini.

Ia susulan ketidak puasan hati penduduk yang menganggap pembunuhan anjing ini dilakukan secara sewenangnya dan pelaku yang memiliki senjata api dianggap menyalah guna senjata api bukan pada tempat dan keadaan sesuai.

#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.