Go

Kucing Jalanan Bunting Diberi Nama Kiki Oleh Penye..

 




Kucing jalanan bunting diberi nama Kiki oleh penyelamatnya kini selamat menjalani pembedahan ‘Dystocial’ atau kandungan tersangkut dalam perut dan tidak boleh melahirkan secara normal.

Kiki yang diselamatkan oleh Puan Maszni Ithnin dari Skudai Johor dibedah disebuah vet dengan kos RM770.00 untuk selamatkan nyawanya mengeluarkan anak dalam kandungan dan sekali dengan pemandulan. Amat dukacita apabila anak yang tersangkut dalam kandungan kesemuanya mati.

Kini Puan Maszni cuba mengumpulkan bayaran jumlah bil vet dan memerlukan bantuan sesiapa yang sudi untuk bersama ringankan beban rescuer ini.

Animal Malaysia bercadang untuk cukupkan RM500.00 dan berikan kepada penyelamat kucing malang si Kiki ini. Mana-pihak yang mahu bantu seorang sedikit sama ada RM5, RM10, RM20, RM50, RM100 atau berapa sahaja jumlah boleh kumpulkan secara bank in atau transfer ke akaun :

Nama Akaun : PERSATUAN HAIWAN MALAYSIA

No. Akaun : 8604048212

Nama Bank : CIMB Bank Berhad

Reference : Kucing Kiki

Cukup RM500.00 dalam masa terdekat akan diserahkan kepada penyelamat yang mohon bantuan untuk perbelanjaan tambahan bil vet dan kesinambungan makan minum Kiki dan rakan kucing jalanan bawah seliaan Puan Maszni yang lain.

Tabung ini dibuka hingga 17/11/2020.

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.