Go

Pengganas Penjenayah Haiwan Yang Tikam Dan Pakuk A..

 




Pengganas penjenayah haiwan yang tikam dan pakuk Anjing berpemilik hingga mati di Taman Maju, Jasin Melaka kini diburu dan sedang dalam tindakan oleh Penguatkuasaan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Melaka (DVS) sejurus terima aduan daripada Animal Malaysia.

Dalam kejadian 1.00 pagi 5 November 2020 seekor anjing diserang, ditikam lalu dipakuk dengan parang oleh seorang lelaki yang marah anjing tersebut menyalak apabila dia melalui hadapan rumah berpagar yang menempatkan anjing malang ini.

Pengganas haiwan tersebut didakwa menceroboh premis kediaman pemilik anjing dan turut melempar ugutan terhadap pemilik anjing.

Animal Malaysia berharap pengganas haiwan ini segera dihadapkan ke mahkamah dengan mengguna pakai Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000.00 dan penjara maksimum 3 tahun jika disabitkan kesalahan.

Rujuk video post kejadian untuk ketahui cerita awal mengenai serangan :

https://www.facebook.com/633109216896282/posts/1409470569260139/?d=n

#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.