Go

Ini Semua Kerja Gila. "Saya Cari Makan". "Saya Ker..

 


INI SEMUA KERJA GILA!

“Saya cari makan”

“Saya kerabat”

“Malam ini saya jumpa Tuanku”

“Nak air nak hujan telefon tuhan mintak sama tuhan”.

Siapakah lelaki mengaku dirinya Kerabat dan adakah hutan dan sungai di Air Terjun Sungai Kenui, Hutan Lipir Lentang, Bentong Pahang ini milik dirinya sendiri dan kerabatnya sahaja untuk dimusnahkan supaya dia boleh mencari makan hingga memusnahkan khazanah milik rakyat?

Jika benar sekali pun lelaki ini kerabat. Dari kerabat mana? Tidakkah mana-mana kerabat malu mengaku lelaki ini kerabatnya? Dan adakah kerabat boleh memusnahkan alam sebegini rupa?

Hutan dirobek sepuas-puasnya. Laluan air Sungai ditutup dan ditimbus tanah. Tidakkah fikir kesan bencana bakal berlaku? Tidakkah terfikir apa bakal berlaku?

1. Ancaman bencana alam.

2. Kekeringan air atau limpahan sungai ketika hujan lebat kerana laluan sungai ditambak tanah.

3. Pencemaran air sungai dengan selut membunuh hidupan akuatik. Baka ikan bakal kepupusan.

4. Hidupan haiwan hilang habitat, hilang tempat cari makan, hilang sumber minuman, hilang tempat berlindung.

5. Penebangan pokok hutan memberi kesan Rumah Hijau. Oksigen berkurangan, peningkatan suhu dan kesan pencemaran tanah.

Ini semua kerja gila!!!!!

Hentikan pembalakan. Tanah Malaysia ini bukan untuk dihancurkan. Ia amanah rakyat untuk dipelihara. Bukan sewenang-wenangnya hancurkan perasaan rakyat hanya dengan menjual nama kerabat. Rakyat ada perasaan. Rakyat ada hati dan jiwa.

Sia-sia pemuliharaan hidupan liar. Sia-sia kempen ‘Selamatkan Harimau Malaya’. Sia-sia slogan ‘Sungai Warisan Pusaka’.

Mana haiwan liar lain dan seperti harimau yang jadi kebanggaan Jata Negara nak tinggal? Mengapa setelah merdeka 63 tahun makin tiada kesedaran?

Cari makan yang membangunkan ekonomilah. Sudah-sudahlah cari makan bergantung dengan Balak dan tarahan Hutan.

#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Video Ihsan : Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) & Puan Sri Shariffah Sabrina Syed

 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.