Go

Proses Pemuliharaan Ikan Di Sarawak

 



Di Sarawak, sistem tagang merupakan konsep usahasama antara komuniti dan Jabatan Pertanian (Bahagian Perikanan Darat) dalam melindungi, memulihara dan mengurus sumber perikanan air tawar. Manakala di Sabah, proses pemuliharaan ikan ini lebih dikenali sebagai sistem tagal. Dalam Bahasa Iban, tagang bermaksud ‘tidak digalakkan atau dilarang’.

.

Sistem tagang dibahagi kepada tiga zon iaitu merah, kuning dan hijau. Setiap zon mempunyai peraturan yang berbeza. Melalui sistem tagang ini, aktiviti memancing masih dibenarkan tetapi adalah terhad seperti yang dipersetujui oleh jawatankuasa tagang.

.

Proses pemuliharaan ikan melalui tagang adalah penting dalam mengurus isu-isu kepelbagaian biologi seperti halangan penghijrahan ikan dan kehilangan habitat serta tempat untuk bertelur. Selain itu, pelaksanaan sistem tagang secara tidak langsung akan menggalakan masyarakat setempat untuk menjaga sungai mereka dan mengelakkan mereka daripada melakukan perkara yang akan mencemarkan sungai. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari: wwf.org.my/donate

.

Lokasi video diambil: Long Lidung, Lawas, Sarawak © Hafida Bolhen / WWF-Malaysia

.

#WorldRiversDay #HariSungaiSedunia #Sungai #CintaiSungaiKita #RiverConservation #Freshwater #NewDealforNatureandPeople #NewDealforNature #4Nature4Us

#WWFMY #WWF #Borneogramm


Source: https://www.facebook.com/wwfmy/videos/709212726341856/



 

avatar

WWF Malaysia

WWF-Malaysia is a national conservation trust that currently runs conversation projects covering a diverse range of environmental protection & nature conservation in Malaysia. Our mission is to stop the degradation of the planet's natural environment and to build a future in which humans live in harmony with nature.

More Articles   |   Website



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.