Go

Usaha Ini Mungkin Terlihat Kecil. Namun Apabila Me..

 



Usaha ini mungkin terlihat kecil. Namun apabila melibatkan satu nyawa dan sebuah kehidupan ia sebenarnya amat besar.

Terima kasih kepada seorang penduduk bernama Naim Omar yang bantu selamatkan seekor anak anjing terkandas dan terperangkap dalam longkang di Taman Telok Gadong Indah, Pelabuhan Klang Selangor.

Anjing yang dipercayai telah beberapa hari dalam longkang tidak disedari hingga kebetulan Saudara Naim terlihat dua butir sinaran bercahaya yang dikenal pasti sebagai biji mata. Melihat secara dekat ianya adalah seekor anak anjing yang menggigil kesejukan.

Usaha mengeluarkan dibuat dan dipercayai anak anjing berpemilik. Anjing terus meluru pulang mencari kediaman tuannya yang juga berdekatan dengan tempat ia terjatuh.

Negara amat bertuah jika semua rakyat sedar akan tanggungjawab menyantuni haiwan dan bertolak ansur dengan anjing. Bukannya rakyat yang sering tidak senang dengan kehadiran anjing hingga tahap membunuhnya.

#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010


Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/videos/2374401042235..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.