Animal Malaysia Mengutuk Keras Pemusnahan Hutan Se..
Tweet | ![]() |
Animal Malaysia mengutuk keras pemusnahan hutan secara haram sebanyak 360,000 ekar di Pahang untuk penanaman Durian Musang King.
Itu jumlah kerosakan hutan haram di Negeri Pahang dan belum lagi penggondolan hutan di negeri Kelantan, Perak, Kedah, Johor dan Terengganu.
Hasil Durian Musang King dijual dengan harga mahal dan bukan semua rakyat Malaysia mampu menikmatinya secara total. Hanya 10 peratus hasil yang tidak berkualiti berlegar dalam negara dan bakinya dieksport ke luar negara. Keuntungan Durian Musang King dimonopoli oleh pemusnah hutan haram tanpa manfaat kepada kebajikan haiwan liar yang hilang habitat akibat kerosakan dilakukan penceroboh.
Laungan SELAMATKAN HARIMAU MALAYA, SELAMATKAN TAPIR dan SELAMATKAN GAJAH adalah satu bunyi yang melucukan kerana usaha ini adalah seperti ‘memasak tanpa dapur’ yang mana pemuliharaan ini bakal mengundang masalah lain iaitu di mana haiwan liar yang dipulihara dan dibiakkan mahu berteduh kerana hutan menjadi rumah mereka musnah malah berpagar untuk perladangan haram yang tiada manfaat buat rakyat Malaysia.
Itu belum lagi diambil kira pemusnahan hutan akibat pembalakan dan pentarahan tanah untuk tujuan hasil bumi yang lain.
Hasilnya kini Harimau Malaya, Harimau Kumbang, Tapir, Gajah, Seladang dan lain-lain haiwan liar kelihatan banyak bertebaran di jalanan dan kampung-kampung.
Apa guna erti Kemerdekaan yang dikecapi kini apabila khazanah alam negara hancur akibat tangan rakus rakyatnya yang tidak bertanggungjawab!
Animal Malaysia
Kuala Lumpur
31 Ogos 2020 @ 12.40 Tengah Hari
#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation
#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010
Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..
Tweet |
![]() |
Facebook Comments