Go

Tiga Ekor Arnab Malang Ini Adalah Arnab Yang Dipam..

 




Tiga ekor arnab malang ini adalah arnab yang dipamerkan di sebuah kedai haiwan peliharaan di Pasar Pudu Kuala Lumpur. Kisah penjualan haiwan sakit dan bersesak dalam sangkar kecil beramai-ramai di kedai-kedai dan gerai-gerai haiwan peliharaan Pasar Pudu sudah bertahun-tahun tidak pernah ada penyelesaiannya. Malah peniaga haiwan peliharaan di kawasan majoriti peniaganya adalah berbangsa Cina di sana seperti kebal undang-undang.

Pengadu Cina bernama Zoe Chan juga tidak bersetuju arnab sakit dikurung dalam sangkar berhimpit tanpa mempedulikan keadaan arnab ini. Sama ada telah diberikan rawatan atau tidak. Haiwan sakit adalah dilarang jual kepada orang ramai. Apatah lagi dipamerkan dalam keadaan daif, bersesak dan kotor.

Banyak kes juga dilaporkan mengenai peniaga haiwan peliharaan Pasar Pudu yang menjual haiwan peliharaan kepada kanak-kanak berumur bawah 12 tahun tanpa pengawasan ibu bapa. Ia jelas bertentangan dengan Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan perbuatan peniaga haiwan begini merupakan tergolong dalam jenayah haiwan.

Paling menyedihkan haiwan dipamerkan di kawasan ini sering terdedah kepada cahaya terik matahari dan berpanasan. Manakala ketiadaan bekas makanan dan minuman merupakan isu utama.

Pihak berkuasa digesa membanteras kecurangan peniaga haiwan peliharaan yang curang dan bodoh. Peniaga begini hanya mementingkan keuntungan jualan tanpa mengendahkan kebajikan haiwan yang wajib dipelihara bersama.

Peniaga haiwan peliharaan juga adalah disaran menutup premis dengan gelas kaca dan dilengkapi pendingin hawa untuk memberi keselesaan kepada haiwan yang dipamerkan untuk tujuan keuntungan.

#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.