Go

Ganjaran Rm2,000.00 Ditawarkan Kepada Sepupu Pemil..

 




Ganjaran RM2,000.00 ditawarkan kepada sepupu pemilik dua kucing yang dibuang di Ampangan, Seremban Negeri Sembilan seperti dalam Instagram nvdiahusna. – Maklumat peribadi pengadu dirahsiakan.

Kekecohan masyrakat pencinta haiwan mengenai pengakuan seorang pemilik Instagram bernama nvdiahusna mengenai pembuangan dua ekor kucing peliharaan oleh sepupunya kini dipertikai.

Pemilik Instagram bernama nvdiahusna perlu tampil beri maklumat dan perjelaskan adakah insiden pembuangan dua ekor kucing cantik dan gebu benar-benar wujud atau hanya propaganda untuk melariskan page instagram dengan meraih banyak likers.

Jenayah kezaliman haiwan bukan satu gurauan. Secara logiknya dua ekor kucing ini sehat dan cantik dan boleh menemui tuan baru sekiranya benar-benar diusahakan mencari tuan baru atau pilihan terakhir adalah dengan menyerahkan kucing kepada pengusaha shelter kucing beserta jumlah bayaran tertentu.

Animal Malaysia sekali lagi terima gesaan untuk menyelesaikan kemelut isu propaganda pembuangan dua ekor kucing ini. Sepupu pembuangan dua ekor kucing ini diminta tampil hubungi Animal Malaysia di talian hotline Whatsapp +601120901097. Mana-mana jiran, sahabat handai dan saudara mara kepada pemilik Instagram bernama nvdiahusna juga diminta menyerahkan maklumat kejadian untuk memastikan kesahihan adegan ini.

Jika benar. Animal Malaysia tawar RM2,000.00 kepada pemberi maklumat dan saksi yang membolehkan pelaku pembuang dua kucing ini ditangkap, didakwa dan dihumban ke penjara. Mohon jangan lindungi penjenayah haiwan ini walau pun ia saudara terdekat. Namun jika ia hanya satu propaganda untuk meraih populariti. Pemilik Instagram digesa mohon maaf secara terbuka kerana menimbulkan kepanikan dikalangan masyarakat pencinta haiwan di negara ini.

Leraikan kemelut pembuangan kucing ini segera!

#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.