Go
Shop & Help Homeless Animals

Projek Beginning Of Journey 1. Sejak 2017, Wwf-Mal..

 




Projek “Beginning of Journey” #1:

.

Sejak 2017, WWF-Malaysia telah bekerjasama dengan Jabatan Hutan Sarawak untuk menjalankan projek penanaman pokok gaharu (Aquilaria microcarpa) alam mesra bersama komuniti dari Rumah Manggat, Ulu Menyang, Sarawak. Selain itu, Aquilaria Plantation Sdn. Bhd. juga bertindak sebagai pembekal anak pokok gaharu dan penasihat kepada komuniti.

.

Program pemuliharaan perintis ini disasarkan untuk memberi sumber pendapatan kepada komuniti Rumah Manggat dan dalam masa yang sama mengelakkan komuniti daripada membuka kawasan hutan baharu untuk tujuan pertanian. Segala manfaat tersebut secara tidak langsung dapat memelihara, memulihara dan mengekalkan habitat semula jadi orang utan di kawasan Ulu Menyang.

.

Sehingga kini, sebanyak 14,000 anak pokok gaharu telah ditanam di kawasan seluas 5.5 hektar kawasan tanah komuniti Rumah Manggat yang telah dinyahgred.

.

#InternationalOrangutanDay #HariOrangutanSedunia #Orangutan #Pongopygmaeus #GreatApe #EndangeredSpecies #Gaharu #Sarawak #Malaysia #Borneo #Borneogramm #KembaraBorneo #TogetherPossible #SayangiHaiwan #Pemuliharaan #Kesedaran #WWF #WWFMy #NewDealforNatureandPeople

Source: https://www.facebook.com/wwfmy/photos/a.159457438241/1016012..



 

avatar

WWF Malaysia

WWF-Malaysia is a national conservation trust that currently runs conversation projects covering a diverse range of environmental protection & nature conservation in Malaysia. Our mission is to stop the degradation of the planet's natural environment and to build a future in which humans live in harmony with nature.

More Articles   |   Website



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.