Go

Gangguan Haiwan Sama Ada Haiwan Jalanan Atau Haiwa..

 


Gangguan haiwan sama ada haiwan jalanan atau haiwan liar sering didengari hingga dikatakan menimbulkan kacau ganggu seperti bau, kekotoran, bunyi bising dan hingga tahap mengancam nyawa.

Namun setiap masalah ada penyelesaiannya. Tindakan terburu-buru secara bersendiri seperti membunuh, mewarnakan, memukul dan mencederakan haiwan untuk menakut-nakutkan mereka bakal mengundang kejadian jenayah dan boleh didakwa.

Sebaiknya setiap masalah haiwan yang didakwa mengganggu perlulah hubungi pihak berkuasa. Masalah pengabaian haiwan peliharaan oleh jiran hubungi Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS). Jika masalah kacau ganggu seperti bau busuk, kebersihan, ancaman keganasan, bunyi bising dan penyakit boleh libatkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) manakala masalah gangguan dan ancaman melibatkan hidupan liar sebaiknya hubungi Jabatan Perindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).

Sekiranya ancaman haiwan dalam bentuk keganasan yang mengancam nyawa. Pembunuhan haiwan adalah dibenarkan sekadar mematikan haiwan untuk melindungi diri dan bukanlah dengan emosi hingga menggambarkan tindakan membunuh adalah kerana kesengajaan. Setiap pembunuhan haiwan lir pula perlu dilaporkan kepada PERHILITAN untuk urusan justifikasi pembunuhan.

Setiap hari Animal Malaysia menerima puluhan malah ada yang mencecah ratusan aduan mengenai haiwan. Animal Malaysia mengalu-alukan maklumat jenayah keganasan dan kezaliman haiwan di negara ini bagi membantu menjejaki penjenayah dan pengganas haiwan. Namun maklumat perlu lengkap dan berkualiti supaya ianya dapat diproses untuk tindakan selanjutnya pihak berkuasa.

Presiden Animal Malaysia Arie Dwi Andika mengulas mengenai aduan jenayah haiwan dalam Rancangan 999 TV3 Hari Selasa 18 Ogos 2020 – Segmen Viral jenayah haiwan.

#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.