Go

Walau Berpemilik Tetapi Nasib Anjing Tetap Buruk. ..

 



Walau berpemilik nasib anjing tetap buruk. Kali ini giliran anjing yang berpemilik pula perlu menempuh kesengsaraan dan kepahitan walaupun keempat-empat ekor anjing ini dipelihara dalam kawasan rumah.

Mengikut laporan pengadu 4 anjing ini sering menempuh hujan panas di luar halaman tanpa rumah perlindungan yang sepatutnya untuk membolehkan anjing berteduh ketika hujan dan panas.

Pemilik di Taman Sri Saga, Kajang Selangor ini perlu memahami kehendak Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing dan Rumah Pembiakan Anjing Selangor 2007 mengenai kebenaran memelihara 4 jumlah anjing dalam sebuah kompaun halaman rumah dan keperluan menyediakan rumah teduhan anjing untuk perlindungan anjing daripada hujan panas.

Selain itu keadaan anjing tanpa perlindungan, rantai ikatan pendek dan ketiadaan makanan dan minuman juga bercanggah dengan Peraturan Penambahbaikan Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Pengadu merakam situasi nasib keempat-empat anjing ini sebelum memanjangkan laporan kepada Animal Malaysia dan seterusnya kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor untuk tujuan penguatkuasaan memandangkan pengadu tidak berani menerjah dan menegur langsung kepada pemilik anjing berbangsa India ini.

Mengikut Peraturan Penambahbaikan, pemilik bakal diberi Notis Penambahbaikan dalam satu tempoh untuk membetulkan keadaan. Jika pemilik ingkar Notis. Satu jumlah denda bakal dikenakan dan jika tetap ingkar maka Akta Kebajikan Haiwan 2015 akan dikuatkuasakan dan pemilik bakal didakwa di mahkamah.

#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010


Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/videos/3466796560018..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.