Animal Malaysia Menerima Aduan Terdapat Beberapa E..
Tweet |
Animal Malaysia menerima aduan terdapat beberapa ekor monyet terperangkap mati akibat berhujan panas dan kebuluran tanpa makan minum dalam tempoh yang lama dalam perangkap dipercayai milik Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Negeri Sembilan.
Penduduk berhampiran yang tampil mengadu tidak dapat membantu monyet yang terperangkap memandangkan keadaan sangkar yang berkunci dan tiada ruang untuk menghulur makanan serta minuman kepada monyet. Perangkap juga tidak disertakan nama pemilik dan nombor untuk dihubungi menyukarkan penduduk menyalurkan maklumat atau memaklumkan keberadaan monyet kepada pihak berkenaan.
Perangkap ini dipasang di bersebelahan jalan sebuah resort di Port Dickson Negeri Sembilan dan dipercayai sudah melebihi seminggu.
Insiden begini tidak harus berlaku walau binatang yang dikendalikan bukanlah binatang berharga dan berprestij seperti gajah, harimau dan tapir. Tetapi binatang ini juga memiliki nyawa yang sebaris dilindungi Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010. Animal Malaysia menggesa PERHILITAN tidak melindungi pegawai yang malas, tidak mematuhi S.O.P dan mengambil ringan terhadap nyawa haiwan liar.
#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation
#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010
Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..
Tweet |
Facebook Comments