Go

Dunia Pencinta Haiwan Hari Ini Digemparkan Dengan ..

 




Dunia pencinta haiwan hari ini digemparkan dengan penemuan bulu kucing lengkap berkepala yang telah dilapah dan dikeringkan atas sebuah kereta di negara ini.

Animal Malaysia terima foto dan video yang memaparkan penjemuran kulit beserta bulu kucing lengkap berkepala yang telah dilapah untuk tujuan perhiasan.

Tidak dipastikan sama ada kulit dan bulu kucing lengkap berkepala ini adalah hasil lapahan daripada kucing yang telah mati atau kucing yang hidup dibunuh terlebih dahulu untuk tujuan lapahan dan perhiasan ini.

Animal Malaysia mahu pemilik kereta jenis Perodua Axia berwarna kuning nombor Plate PMP8654 supaya tampil menghubungi Hotline Whatsapp Animal Malaysia untuk menjelaskan mengenai jemuran yang zalim ini dan bantu mengenal pasti serta bantu mengesahkan siapa pemilik Kulit dan Bulu lapahan berserta kepala kucing ini. Ini memandangkan jemuran tersebut berada atas kereta tersebut.

Belum pernah terjadi di Malaysia yang memiliki Akta Kebajikan Haiwan 2015 insiden menjadikan lapahan kulit dan bulu kucing lengkap berkepala sebagai hiasan sama ada untuk diri, kediaman, kenderaan atau hiasan meja.

Istilahnya Masyarakat Malaysia pencinta haiwan negara ini tidak menerima apa jua industri lapahan kulit dan bulu kucing untuk perhiasan. Ia amat bertentangan dengan moral dan budaya negara ini.

#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.