Kes Kucing Bersangkar Dibiarkan Berhujan Lebat Dan..
Tweet |
Kes kucing bersangkar dibiarkan berhujan lebat dan berpanas di belakang rumah di Taman Pengkalan Jaya, Ayer Molek Melaka.
Perakam video telah pun beri bantuan perlindungan dengan menyarungkan plastik di sangkar untuk lindungi kucing terkena basahan hujan selepas rakaman dibuat. Tujuan rakaman adalah sebagai prosedur bukti yang boleh digunapakai untuk laporan pengabaian kepada pihak berkuasa.
Rujuk video kes :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1334100940130436&id=633109216896282
Animal Malaysia juga telah panjangkan aduan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Negeri Melaka pada hari sama.
Tahniah dan terima ksih yang tidak terhingga atas tindakan pantas DVS Negeri Melaka yang turun menguatkuasakan undang-undang terhadap pemilik. Setelah pemeriksaan lanjut dibuat. Penguatkuasaan DVS Melaka telah menjalankan prosedur Penguatkuasaan (S.O.P) dengan memberikan Notis Penambahbaikan seperti yang diperuntukkan dalam Peraturan bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015 kepada pemilik.
Tujuan Notis adalah untuk memastikan pemilik memperbaiki kaedah pemeliharaan Dalam tempoh 7 hari dan pemeriksaan semula akan dilakukan selepas 7 hari nanti. Jika pemilik telah memperbaiki kaedah pemeliharaan. Kes boleh dianggap selesai. Manakala jika pemilik ingkar Notis Penambahbaikan pula pemilik bakal berdepan tindakan undang-undang di bawah peruntukkan Akta Kebajikan Haiwan 2015 kerana pengabaian dan penganiayaan.
#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation
#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010
Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..
Tweet |
Facebook Comments