Go

Pitbull Termasuk Dalam Senarai 7 Baka Terhad Dilar..

 




Pitbull termasuk dalam senarai 7 Baka Terhad dilarang import oleh Dua agensi penguatkuasaan berkaitan haiwan iaitu Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) serta Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS).

Ini kerana haiwan baka Pitbull diklasifikasikan sebagai haiwan pemangsa dan ganas. Ianya tidak sesuai dipelihara sebagai haiwan peiharaan dan juga haiwan pelindung di kebun atau perladangan.

Insiden serangan Anjing Pitbull di Malaysia bukanlah pertama kali. Malah ada serangan Pitbull sebelum ini melibatkan kanak-kanak dan orang dewasa.

Usia anjing Pitbull yang capai tahap dewasa bakal menyukarkan penanggungjawab memberi latihan membentuk sahsiah. Penanggungjawab juga bakal menerima kepayahan melentur Pibtull untuk dijinakkan.

Sekiranya Pihak Berkuasa memutuskan untuk membenarkan mana-mana penanggungjawab yang sanggup mengambil tugas memelihara Anjing Pitbull Tanjung Minyak yang menyerang wanita hingga parah di Taman Tanjung Minyak Perdana Melaka. Animal Malaysia mahu pastikan serahan tidak dilakukan kepada pihak yang tidak memiliki jurulatih mahir, profesional dan diperakui kemahiran melatih anjing yang sah.

Ini untuk mengelakkan insiden serangan demi serangan kepada manusia bakal berulang dan dikhuatiri bakal melibatkan kehilangan nyawa pada masa akan datang.

DVS & MAQIS perlu main peranan serius dalam pemilihan penanggungjawab baharu anjing Pitbull Tanjung Minyak yang dilantik jika ianya dipersetujui.

Mencegah lebih baik daripada menguatkuasakan undang-undang!

Rujuk :

https://sinarplus.sinarharian.com.my/kisah-masyarakat/anjing-jenis-pitbull-yang-menyerang-seorang-wanita-hingga-mengalami-kecederaan-parah/

#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.