Go

Dakwaan Pencinta Haiwan Mengenai Terdapat Kumpulan..

 



Dakwaan pencinta haiwan mengenai terdapat kumpulan penangkap anjing yang menyamar sebagai vendor lantikan pihak berkuasa adalah tidak benar. Tuduhan terhadap vendor ini menjalankan tangkapan secara haram dan menjalankan aktiviti menjual anjing untuk makanan kepada warga Vietnam dan Myanmar juga adalah tidak tepat.

Semakan Animal Malaysia dengan Unit Kawalan Pest, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL mengesahkan Vendor yang menjalankan kerja tangkapan adalah vendor berdaftar lantikan DBKL. Setiap tangkapan anjing akibat aduan kacau ganggu akan dihantar ke Pusat Kurungan DBKL di Taman Miharja Jalan Cheras Kuala Lumpur untuk proses kuarantin.

Penanggungjawab anjing stray boleh membuat tuntutan anjing yang ditangkap dengan bayaran RM35.00 seekor dalam tempoh 7 hari di Pusat Kurungan DBKL. Dimaklumkan prosedur pelupusan anjing akan dijalankan sekiranya tiada sebarang tuntutan oleh mana-mana penanggungjawab selepas tempoh kuarantin tamat.

Untuk rekod. Jumlah tangkapan keseluruhan anjing stray atau yang berkeliaran di Kuala Lumpur pada tahun 2019 adalah 3183 ekor dan hanya 16 ekor dituntut dan diadopsi oleh beberapa orang penanggungjawab. Manakala caj menuntut semula anjing di Pound DBKL adalah hanya RM35.00 seekor dan menjadikan ianya caj paling murah untuk tuntutan anjing dikalangan PBT. Setiap caj adalah dimasukkan ke Jabatan Kewangan DBKL sebagai perbelanjaan operasi pound stray.

Pemilik anjing di Kawasan pentadbiran DBKL adalah digesa segera melesenkan anjing milik masing-masing dengan kadar caj lesen termurah hanya RM10.00 seekor anjing dengan mematuhi syarat-syarat ditetapkan DBKL.

Animal Malaysia memohon kepada semua pemberi maklumat mengenai kezaliman haiwan supaya memberi informasi tepat, berdisiplin dan beretika supaya tiada pelanggaran undang-undang dilakukan Animal Malaysia dalam menguruskan aduan isu kezaliman haiwan.

#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010


Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/videos/6000589875722..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.