Go

Pengakuan Tidak Bersalah Si Pengganas Pembunuh Kuc..

 



Pengakuan tidak bersalah si Pengganas Pembunuh Kucing Dobi Kepong dengan alasan dia Gila bukan satu penyebab dia boleh bebas dan tidak didakwa.

Jika benar keputusan Psikiatrik mengesahkan Mohd Najwan bin Zulkifli yang bunuh 3 ekor kucing tidak gila. Bermakna Pengganas Kucing Dobi Kepong ini tetap dihukuman mengikut Seksyen 29 (e) Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Jika Pembelaan membuktikan positif Gila pula. Hakim akan menggunakan budi bicaranya menggunakan Seksyen 347 dibacakan sekali dengan Seksyen 348 Kanun Prosedur Jenayah untuk melepaskan tertuduh. Dengan syarat :

1. Dikurung di Hospital Gila untuk mengelak mudarat awam atau;

2. Diletak di bawah jagaan keluarga dengan syarat-syarat yang ketat.

Animal Malaysia menasihatkan orang ramai supaya tidak memihak atau membela kepada mana-mana penjenayah pengganas haiwan kerana dikhuatiri alasan GILA ini dipergunakan untuk menimbulkan rasa kasihan terhadap penjenayah haiwan.

Mana-mana Golongan berselindung sebagai pencinta haiwan namun membela aktiviti Penjenayah Pengganas haiwan tidak boleh diberi tempat dalam dunia haiwan memandangkan golongan ini juga dilihat menggalakkan kegiatan jenayah kezaliman haiwan yang semakin memparah dengan alasan Gila.

#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010


Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/videos/3035750708383..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.