Pindaan Undang-Undang Anjing Secara Syok Sendiri T..
Tweet | ![]() |
PINDAAN UNDANG-UNDANG ANJING SECARA SYOK SENDIRI TIDAK AKAN UBAH NASIB ANJING !
Kerajaan Negeri Selangor sedang dalam proses meminda Undang-Undang Kecil Perlesenan Anjing dan Rumah Pembiakan Anjing 2007 (UUK Anjing 2007). Exco PBT dan Pegawai Kerajaan buat kerja sepihak saja tanpa melibatkan Pemegang Taruh yakni – Pemilik Anjing berlesen, pihak-pihak yang menyantuni Anjing dan masyrakat pencinta haiwan serta pencinta anjing khususnya.
Undang-undang yang lulus, kesan besarnya bukan sahaja kepada Penangkap Anjing. Tapi kesan besar itu adalah kepada Pemilik dan Pemberi Belas Kasihan anjing terutama melibatkan anjing stray.
Kerajaan Negeri yang pinda Undang-undang tanpa ambil kira kelompok besar yang memain peranan dan dunia haiwan di negara ini adalah perbuatan sial dan bakal undang kecelakaan buat sang anjing.
Jika kerja syok sendiri ini diteruskan. Mana mungkin kehendak rakyat pencinta haiwan dan pemilik-pemilik anjing difahami dan tentunya undang-undang menjadi tiada makna dan tidak berguna seperti sebelumnya.
Nasib anjing dan kebajikannya tetap tidak berubah. Anjing stray tetap bakal diburu, ditangkap, ditembak atau dibunuh seperti sedia kala.
Kerajaan Negeri Selangor harus sedar dan faham kehendak rakyatnya tanpa hanya mendengar suara pegawai-pegawai di jabatan yang malas, ambil mudah, tidak tahu kerja dan kerja mahu senang dalam hal ehwal kebajikan anjing. Kesannya rakyat bakal hilang kepercayaan kepada Kerajaan Negeri.
BAPAK memandang serius penggubalan undang-undang sepihak yang disifatkan syok sendiri dan tidak serius menyelesaikan permasalahan konflik anjing yang tidak signifikan!
#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation
#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010
Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..
Tweet |
![]() |
Facebook Comments