Go

Presiden Arie Dwi Andika Luangkan Masa Siang Tadi ..

 




Presiden Arie Dwi Andika luangkan masa siang tadi jenguk proses perjalanan kerja Projek Stray Feeding Station (SFS) untuk Animal Malaysia. Disamping merasmikan penggunaan SFS buat julung kalinya. Ini satu usaha dan idea Presiden untuk realisasikan kemodenan sistem pemberian makan haiwan jalanan di negara ini. Selain itu mengelakkan rungutan orang awam daripada masalah kacau ganggu akibat ketidak selesaan hasil yang didakwa berpunca daripada makanan haiwan yang bersepah.

Animal Malaysia akan usahakan walau dalam serba kekurangan dan kewangan terhad untuk hasilkan 100 bijik SFS dalam tahun ini. Animal Malaysia yakin akan ada jalan dan rezeki untuk anak-anak jalanan menikmati kemudahan ini.

Mana-mana Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Badan Pengurusan Bersama (JMB) seluruh negara boleh mengimplementasi kaedah Stray Feeding Station (SFS) yang diperkenalkan Animal Malaysia ini untuk mengurangkan masalah kacau ganggu akibat sisa makanan haiwan tidak terkawal dikawasan pentadbiran masing-masing. Hubungi Animal Malaysia di Whatsapp +601120901097 untuk pertanyaan dan kerjasama.

Diharapkan dunia haiwan dapat berubah dari semasa ke semasa dan dapat dinikmati oleh generasi akan datang melalui Animal Malaysia.

Bagi sesiapa yang mahu bersama menyumbang meringankan kos boleh terus bank in / transfer :

Nama Akaun : PERSATUAN HAIWAN MALAYSIA

No. Akaun : 105380001899

Nama Bank : Affin Bank Berhad

Reference : ‘Projek SFS’

Rujuk post projek SFS terdahulu :

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1302931749914022&id=633109216896282

#babah #pesanbabah #strayfeedingstation #sfs #animalmalaysia #malaysiaanimal #malaysiaanimalassociation

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.