Go

Pelbagai Aduan Diterima Animal Malaysia Berkenaan ..

 




Pelbagai aduan diterima Animal Malaysia berkenaan kebersihan persekitaran kawasan Feeding. Sampah dan kekotoran berlaku akibat beberapa golongan Animal Feeder yang gagal bersihkan sampah dan bekas makanan selepas kerja memberi makan haiwan stray. Ia dilaporkan menimbulkan ketidakselesaan dikalangan penduduk atau peniaga berhampiran tempat feeding.

Atas inisiatif untuk menyelesaikan masalah tersebut. Animal Malaysia mengambil langkah ikut jejak negara maju mengenai kaedah pemberian makanan yang adil untuk semua pihak. Lebih terancang, tersusun dan bersih malah tidak mengotorkan kaki lima mana-mana premis dan jalanan. Ia mesra haiwan dan sesuai digunakan oleh stray kucing, anjing dan burung memandangkan dilengkapi dengan petak makanan serta minuman tiga peringkat. Ia dinamakan STRAY FEEDING STATION (SFS).

Kos projek ini menelan belanja sebanyak RM490.00 setiap satu termasuk upah pembutan, cat, label, besi, zink dan tapak yang direka secara kualiti, tahan karat, berat, tidak mudah tumbang apabila angin bertiup kencang. Malah ia boleh dirantai di mana-mana tiang untuk mengelakkan kecurian.

Animal Malaysia berharap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) membuka mata dan minda untuk bersama-sama menjayakan Program Stray Feeding Station (SFS) anjuran Animal Malaysia ini dengan memberi kebenaran mana-mana feeder yang bertanggungjawab terhadap setiap Stray Feeding Station (SFS) dengan tidak mengganggu dan merampas kemudahan SFS untuk haiwan jalanan.

Nombor telefon penanggungjawab setiap SFS ini ada tercatat di atas bumbung SFS jika berlaku pertanyaan terhadap apa juga permasalahan. Animal Malaysia dalam proses mempaternkan design dan teknikal SFS ini.

Animal Malaysia merancang untuk membangunkan lebih banyak SFS dan dijangka akan menghasilkan 100 unit SFS dalam tahun ini untuk diletakkan di kawasan-kawasan sensitif yang punya masalah aduan kebersihan terhadap kerja memberi makanan stray.

#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.