Elemen Kesedaran Hal Kebajikan Haiwan Dan Hak Haiw..
Tweet | ![]() |
Elemen kesedaran hal kebajikan haiwan dan hak haiwan sudah mulai diterapkan dalam sukatan pelajaran sekolah dan kali ini dalam teks buku Kertas Ramalan PT3 Bahasa Melayu – Tingkatan 3.
Animal Malaysia sekali lagi berterima kasih dan memuji tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia, pihak penerbit buku Penerbit Ilmu Bakti Sdn Bhd dan barisan panel penggubal soalan peperiksaan PT3 untuk Tingkatan 3 yang menghargai dan berusaha memasukkan elemen kesedaran haiwan dan hak haiwan dalam sukatan soalan peperiksaan untuk pelajar-pelajar sekolah menengah ini.
Semoga Animal Malaysia dapat terus diberi peluang membantu dan menjadi wahana terhadap dasar pendidikan negara mengenai Kebajikan Haiwan dan bersama memperkasakan Dasar Kebajikan Haiwan Negara dalam usaha Malaysia melahirkan generasi celik hak haiwan dan generasi yang sentiasa hargai dan santuni haiwan sejajar pembangunan dan kemajuan teknologi negara.
Inilah matlamat dan impian Animal Malaysia. Bekerja lebih keras lagi untuk mencapai matlamat dan objektif penubuhan Animal Malaysia.
Rujuk mengenai Silibus Buku Teks Pendidikan Moral Tingkatan 4 mengenai haiwan dan Animal Malaysia :
https://www.facebook.com/633109216896282/posts/1291232884417242/
#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation
#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010
Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..
Tweet |
![]() |
Facebook Comments