Go

From Kuang News. Anjing Berpemilik Ditembak Mati. ..

 




FROM KUANG NEWS

ANJING BERPEMILIK DITEMBAK MATI

Kuang, 7 Jun: Penduduk Kg. Setia, Kuang, Selangor hari ini gempar apabila seekor anjing berpemilik yang dijaga dan diberi nama Belang oleh seorang penduduk untuk keselamatan kawasan rumah sejak kecil telah ditembak sebanyak dua (2) das oleh seorang jirannya kerana menyangka ayam peliharaannya telah dimakan oleh anjing tersebut.

Menurut sumber yang hanya mahu dikenali sebagai Nurul memberitahu, anjing itu merupakan tinggalan buruh Indonesia yang membuat kerja-kerja pembinaan rumah di kawasan tersebut. Selepas selesai kerja-kerja pembinaan, buruh tersebut telah pulang semula ke Indonesia dan anjing tersebut ditinggalkan di situ.

Atas dasar kasihan, beliau dan beberapa jiran yang lain turut memberi makan kepada anjing itu dan 3 ekor anjing yang lain setiap hari. Sebagai balasan, anjing itu pernah membantu menggagalkan satu kes cubaan rompakan yang pernah berlaku di kawasan tersebut. Beliau turut memaklumkan, anjing itu dan 3 yang lain tidak pernah membuat serangan ganas kepada mana-mana individu atau haiwan peliharaan penduduk kampung.

Ketika kejadian berlaku pada 6 Jun, Nurul yang baru pulang ke rumah kira-kira jam 2.30 petang sedang menyediakan makanan untuk anjing jagaannya, kemudian datang seorang jiran menunggang motorsikal Honda EX5 bersama selaras senapang yang hanya dikenali sebagai Pak Husin.

Apabila melihat kedaan itu, Nurul terus bertanya, “apa yang pakcik nak buat dengan senapang itu?” Tanpa memperdulikan pertanyaan tersebut, Pak Husin terus menembak anjing tersebut sebanyak dua das dan kemudiaannya menjawap bahawa anjing ini telah memakan ayam peliharaannya.

Dalam keadaan tergamam, Nurul memberitahu bahawa anjing itu adalah miliknya dan tidak pernah membuat kacau. Kemudian, Pak Husin memohon maaf dan meminta agar kes ini tidak dihebohkan kepada orang lain. Bangkai anjing itu kemudiaannya dicampak di kawasan hutan berhampiran berjarak kira-kira 10 meter kes tembakan berlaku.

Demi menggalas tanggungjawap terhadap komuniti dan menuntut keadilan bagi anjing yang dibunuh kejam ini, pihak Kuang News telah membuat laporan polis di Balai Polis Kuang dan memberi kenyataan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh pada hari ini dan laporan ke Jabatan Veterinar akan turut menyusul. Laporan dibuat supaya kes ini disiasat dibawah Seksyen 3, Akta Senjata Api 1990 dan Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772).

Source: https://www.facebook.com/MalaysianDogsDeserveBetter/photos/a..



 

avatar

Malaysian Dogs Deserve Better

Malaysian Dogs Deserve Better is a canine welfare programme initiated by non-profit organisation Community Development and Integration Initiative (CDII).

MDDB's main activities revolve around rescuing dogs from the local council pounds as well as off the streets. Once they have been rescued, the dogs are vaccinated and neutered before being put up for adoption.

More Articles   |   Pets For Adoption   |   Website



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.