Aktiviti Animal Malaysia Bersama Presiden Dan Team..
Tweet |
Aktiviti Animal Malaysia bersama Presiden dan team Exco yang lain apabila tidak sibuk dengan kes kezaliman dan jenayah haiwan adalah turun padang melihat serta membantu anjing dan kucing jalanan.
Memang Animal Malaysia tiada Polisi melakukan kerja Rescue dan Shelter haiwan secara rasmi. Namun perlu dimaklumkan juga bahawa kerja menyelamat, kerja memberi makan, kerja menangkap anjing dan kucing sakit tetap dijalankan oleh semua exco dan presiden atas dasar kecintaan dan ehsan pada haiwan jalanan yang memerlukan. Namun usaha ini tidak dibuka kepada umum dan hanya dilakukan secara private.
Kegiatan memberi makanan, menyelamat, relokasi, dan menangkap anjing serta kucing jalanan yang difikirkan wajar dapat bantuan tidak begitu dipromosi dan dipublisitikan memandangkan matlamat utama Persatuan Haiwan Malaysia adalah memfokuskan penyelesaian kes kezaliman haiwan dan pemburuan penjenayah haiwan di negara ini. Ini merupakan objektif dan asas penubuhan Animal Malaysia.
Selain itu Animal Malaysia mengorak langkah ke satu peringkat iaitu PROJEK STRAY FEEDING STATION yang akan diperluaskan ke seluruh daerah di negara ini untuk menambah baik mutu dan profesionalisme FEEDER supaya kebersihan dan disiplin memberi makan haiwan jalanan dapat dipertingkatkan.
Berikut antara gambar aktiviti Animal Malaysia ketika keadaan memerlukan. Inilah Animal Malaysia dibelakang tabir. Dimana Animal Malaysia lebih mahu dikenali sebagai pertubuhan berkaitan ADVOCACY atau PERUNDANGAN.
Bersama Animal Malaysia membanteras keganasan dan jenayah haiwan!
#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation
#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010
Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..
Tweet |
Facebook Comments