Go
Donate & Save Lives

Attack On Dog In Penampang Raises Ire (updated)

 


Pengajaran daripada kes pakuk muncung anjing oleh penzalim di Sabah. Sudah tiba masanya Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak menyelaraskan undang-undang induk dan menggunapakai satu akta sahaja supaya urusan kebajikan haiwan dapat dikendalikan dan ditangani dengan secara bersepadu agar lebih komprehensif, cepat, menyeluruh dan tegas terhadap penjenayah kezaliman haiwan di negara ini.

Seperkara lagi ianya mampu dikuatkuasakan dengan lebih meluas serta efisyen di bawah satu badan penguatkuasan ibu pejabat di Putrajaya.

Setakat ini Semenanjung Malaysia menggunapakai akta utama iaitu Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Sabah dan Sarawak pula menggunakan Enakmen Kebajikan Haiwan 2015 negeri masing-masing.

Perkasakan satu akta dan badan penguatkuasa kebajikan haiwan demi keadilan dan hak haiwan dalam negara Malaysia.

Animal Malaysia berterima kaseh kepada NGO haiwan di Sabah yang menyelamatkan ibu anjing malang tersebut dan ianya selamat dalam jagaan aktivis haiwan disana.

Animal Malaysia berharap agar pelaku dan penjenayah zalim ini dapat segera ditangkap oleh polis Sabah, dihadapkan ke muka pengadilan dan menerima hukuman berat sekerasnya.

https://www.thesundaily.my/local/attack-on-dog-in-penampang-raises-ire-updated-AG1181983



PETALING JAYA: Animal activists are furious over the severe mutilation of a dog in Sabah recently. The two-year-old canine, fondly called Noobu, was a…

Source: https://www.thesundaily.my/local/attack-on-dog-in-penampang-..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.