Report Lodged After Video Circulates Of Man Killing Puppies
Tweet | ![]() |
Pihak Penguatkuasaan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia Negeri Selangor telah melakukan kunjungan dan ziarah ke kediaman pembunuh dua ekor anak anjing berusia dua bulan di Kampung Gombak Utara, Batu 11 Gombak Selangor pagi tadi dan telah pun merakamkan percakapan serta mengambil keterangan penzalim anjing tersebut.
Bangkai dua ekor anak anjing juga telah diperolehi oleh Penguatkuasa yang hadir. Pembunuh telah membawa pegawai penguatkuasa veterinar yang hadir ke kediaman pembunuh ke tempat dia menanam bangkai anak-anak anjing yang tidak jauh dari kediamannya.
Pembunuh bagaimanapun tidak ditangkap dan tidak direman oleh pihak DVS dan sekadar mendapatkan penerangan, penjelasan serta keterangan mengenai perlakuan zalim pembunuh anak anjing dan alasan mengapa pembunuh membunuh anak anjing tersebut.
Rakyat Malaysia pencinta haiwan adalah disarankan bersabar dan beri peluang pihak berkuasa DVS bertanya perihal pembunuhan serta menyiasat dan terus menyiasat salah laku pembunuhan nyawa makhluk tuhan tidak bersalah ini.
Diharapkan pembunuh dapat didakwa dalam waktu terdekat dan dihatuhi hukuman semaksimumnya akibat daripada perbuatan sadis terhadap haiwan lemah berusia 2 bulan tersebut yang mati dipukul menggunakan kayu, dihempas ke lantai sekuatnya dan dicekik hingga mati lalu dibungkus dalam plastik sebelum ditanam.
Bersama kita lihat kebolehan Penguatkuasaan DVS mengendalikan pendakwaan dalam kes pembunuhan dua ekor anak anjing ini tanpa campur tangan pihak Polis sehingga pembunuh dapat didakwa dan dihukum oleh mahkamah.
https://www.thestar.com.my/metro/metro-news/2019/08/02/report-lodged-after-video-circulates-of-man-killing-puppies#yISvmwbt7GjzjRwS.99
GOMBAK: A video clip showing a man, believed to be in his 30s, beating to death two puppies kept in a plastic bag on Tuesday (Aug 1) has caused a storm of fury among Malaysians.
Source: https://www.thestar.com.my/metro/metro-news/2019/08/02/repor..
Tweet |
![]() |
Facebook Comments