Go

Lagi Perlakuan Menzalimi Anjing Gelandangan Dicata..

 



Lagi perlakuan menzalimi anjing gelandangan dicatatkan baru berlaku.

Penduduk di Taman Clonlee Tampin Negeri Sembilan diseru supaya menasihati seorang pelaku di taman perumahan yang sama agar tidak melayani anjing gelandangan seperti dalam video ini. Pelaku disyaki seorang lelaki warga Bangladesh.

Dua ekor anjing malang dilempar dan direjam dengan batu besar hanya kerana dua anjing malang ini cuba mencari tempat berlindung serta tempat bergantung harap untuk mengalas perut yang kelaparan. Kejadian ini berlaku pada petang 23 Ogos 2019 dengan aksi rakaman yang menimbulkan kemarahan ramai penduduk di kawasan berkenaan.

Satu aduan berkaitan kezaliman haiwan dipanjangkan kepada pihak berkuasa untuk tujuan siasatan dan diharapkan ia sebagai pengajaran kepada masyarakat yang lain supaya menyantuni haiwan dan tidak berlaku kejam kepada makhluk tuhan ini.

Mengapa malang sungguh nasib anjing di negara ini? Sudah tiba masanya masyarakat mengubah persepsi terhadap anjing gelandangan dan menjadikan kehadiran anjing dan kucing gelandangan sebagai haiwan komuniti untuk kemudahan setempat.

#animal

#animalmalaysia

#saveouranimals

#saveourstrays

#malaysia

#malaysiaanimal

#malaysiaanimalassociation

#helpustohelpanimals

#animalawareness

#awareness

#rescue

www.animalmalaysia.com


Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/videos/3670778806315..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.