Go

Mengimbau Kembali Kes-Kes Lama Kezaliman Haiwan Te..

 




Mengimbau kembali kes-kes lama kezaliman haiwan terutama haiwan gelandangan seperti kucing dan anjing yang kebanyakkan dirahsiakan oleh Animal Malaysia daripada pengetahuan umum tidak lagi mampu untuk didiamkan.

Banyak kes yang diterima hasil laporan masyarakat Malaysia dari pelbagai negeri sebenarnya. Ada yang mampu diselesaikan dan ada yang menjadi tanda tanya akibat tidak dapat mencari pelaku.

Pembuangan kucing secara membungkus dalam guni plastik dan diikat rapi ini antara salah satu kes kezaliman terpendam yang tidak dapat diselesaikan akibat ketiadaan saksi mata dan saksi teknologi seperti rakaman video atau gambar ketika melakukan perbuatan zalim begini.

Kes ini berlaku enam bulan lalu. Namun ketika itu kes ini menjadi kes berprofile kerana pelaku dikenal pasti tetapi bukti tidak lengkap sempurna. Tambahan lagi terlalu banyak kes yang didedahkan tanpa bukti menjadikan kes ini di catat sebagai “KIV’ sehingga ke hari ini ia dibuka semula.

Kejadian ini benar-benar meruntun jiwa kerana ada kes yang melibatkan kematian nyawa. Ada kes yang mencatatkan kecederaan teruk.

Justeru Animal Malaysia menggalakkan aduan kezaliman haiwan disalurkan terus kepada Whatsapp Animal Malaysia +601120901097 dengan kemukakan bukti bergambar atau video serta maklumat lengkap kejadian seperti pelaku, tempat, alamat pelaku atau kejadian dan tarikh serta masa. Pastikan aduan berkualiti untuk memudahkan tindakan selanjutnya.

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63336796353..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.