Disebabkan Sesetengah 'Fake Rescuer' Yang Sering J..
Tweet |
Disebabkan sesetengah ‘Fake Rescuer’ yang sering jadikan alasan kucing atau anjing sakit untuk dapatkan duit cara mudah.
Nama baik dan kepercayaan masyarakat terhadap kerja bakti membantu haiwan oleh rescuer yang benar-benar ikhlas terjejas.
Berikut adalah beberapa laporan mengenai tanda-tanda contoh fake rescuer yang hidup sehariannya atas kesengsaraan haiwan sakit ialah :
1. Haiwan sakit di negeri lain. Namun rescuer negeri lain yang beriya-iya memungut dana rawatan dan pet taxi untuk diambil bawa pulang rawatan ditempatnya. Seolah-olah tiada klinik dan rescuer di negeri kejadian yang berdekatan.
2. Setiap hari ada sahaja kes haiwan sakit oleh orang yang sama dan menggunakan kutipan duit ke akaun sama.
3. Rescuer yang melindungi identitinya sehingga tidak diketahui alamat tempatnya menyimpan haiwan sakit atau tidak dibenarkan melawat ketelusannya menyimpan haiwan dalam pengurusannya.
4. Rescuer yang tidak mahu bayaran oleh penderma disalurkan langsung ke Klinik Veterinar tempat dia merawat haiwan yang diselamatkan.
5. Rescuer yang mengaturkan urusan pet taxi tetapi pembayaran wajib melaluinya dan bukan dibayar terus ke akaun pet taxi.
6. Rescuer fake adalah individu tiada kerja tetap atau tiada perniagaan diiktiraf yang boleh menampung hidupnya melainkan sumber pendapatan hanya mengharap sumbangan orang ramai.
Animal Malaysia menerima banyak aduan mengenai ciri-ciri rescuer di atas. Perbuatan ini boleh di kawal selepas Peraturan-peraturan di dalam Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang mewajibkan penyelamat haiwan, pengendali pusat perlindungan haiwan dan individu terlibat dalam urusan haiwan memiliki lesen untuk tujuan pantauan dan audit supaya ruang kezaliman haiwan dapat dikecilkan.
Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/videos/4146499558524..
Tweet |
Facebook Comments