Go

Keluhan Dan Rintihan Saudara Muhammad Qusyairi Men..

 




Keluhan dan rintihan Saudara Muhammad Qusyairi mengenai perlakuan zalim jiran menjerut dan mengikat kucing hidup-hidup di atas pokok bertujuan memudaratkan kucing sehingga boleh menyebabkan kematian kucing bukan hal kecil.

Akta Kebajikan Haiwan 2015 bersifat ‘prevention’ atau lebih difahami akta ini berbentuk mencegah sebelum perkara buruk atau kematian berlaku terhadap haiwan yang disakiti.

Jika benar jiran Saudara Muhammad Qusyairi memperlakukan kucing secara zalim. Satu laporan bertulis perlu dikemukakan kepsda pihak berkuasa Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS) supaya siasatan dan tindakan keadilan dapat diambil pihak berkuasa. Pastikan kucing dikuarantin untuk diserahkan kepada pihak DVS yang datang membuat pemeriksaan dan siasatan sebagai beban bukti fizikal kezaliman.

Saudara Muhammad Qusyairi perlu bekalkan maklumat terperinci seperti nama pelaku, alamat lengkap pelaku, video kejadian dan gambar, tarikh dan masa kejadian, keadaan kucing dan butiran lengkap pengadu iaiti nama penuh, alamat, nombor kad pengenalan termasuk nombor telefon boleh dihubungi.

Bersikap membuat bising di Facebook mengenai kejadian hanya memberi peluang dan ruang pelaku zalim cabut lari dan sukar dijejaki.

Lebih menyedihkan apabila kejadian yang disensasikan di Facebook tidak menyatakan lokasi malahan tiada bantuan atau serbuan dapat dilakukan untuk membolehkan pelaku zalim dihumban ke penjara.

#animal

#animalmalaysia

#malaysiaanimal

#saveouranimals

#saveourstray

#malaysiaanimalassociation

#cats

#cruelty

#animalcruelty

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.