Langkah Keseteruan Dan Provokasi Pbt Melakukan Tan..
Tweet |
Langkah keseteruan dan provokasi PBT melakukan tangkapan anjing sehingga tahap di dalam premis kediaman adalah tindakan melampau batas. Jika pemilik tidak memiliki lesen anjing sekali pun. Satu pendidikan dan pendedahan kesedaran perlu diberi terlebih dahulu. Bantuan bagi mendapatkan lesen anjing wajar dihulurkan sebagai rasa tanggungjawab terhadap menyantuni rakyat dan haiwan.
Nampaknya laungan dan titah Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin mengenai ‘STRAY FREE SELANGOR’ adalah laungan dan titah yang dihinjak-hinjak oleh rakyat petugas PBT di Selangor. Tengku Permaisuri melaung seorang diri tanpa ada sahutan daripada rakyat yang punya tanggungjawab menguruskan haiwan.
Untuk rekod Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) adalah PBT di bawah Parlimen Pandan iaitu kepimpinan Timbalan Perdana Menteri Y.A.B Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail. Manakala PBT MPAJ adalah bawah seliaan dan kuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pimpinan Y.B Menteri Zuraida Kamaruddin.
Kedua pemimpin ini harus tahu kehendak dan keperluan rakyat yang memilih mereka. Warga pencinta haiwan mengharapkan perhatian pemerintah terhadap haiwan diberi tumpuan sejajar keperluan yang lain.
Jika pembenci haiwan bayar cukai. Ada juga rakyat pencinta haiwan bayar cukai.
Jika pembenci haiwan adalah pengundi. Rakyat pencinta haiwan juga adalah pengundi.
Jika pembenci haiwan ada hak bersuara. Rakyat pencinta haiwan juga ada hak bersuara.
Mengapa laporan dan keluhan pembenci haiwan sering dapat perhatian? Tetapi saranan dan pandangan serta kemahuan pencinta haiwan sering dinafikan?
Pelbagai NGO haiwan telah memberikan suara dan pandangan apa perlu dilakukan agar konflik berpanjangan antara manusia dan antara haiwan gelandangan serta pihak berkuasa dengan pencinta haiwan dapat dielakkan. Namun tidak satu mahu diberi ruang dan dibuka pintu.
Apa teruknya kualiti kepimpinan hari ini? Jika dengan haiwan pon tiada adab dan sopannya. Bagaimana pula layanan kepada manusia lain?
Animal Malaysia menuntut agar Yang Dipertua setiap Majlis Daerah, Majlis Perbandaran dan Majlis Bandaraya tiada kualiti penyelesaian win-win begini dibuang dan digantikan dengan yang boleh menyelesaikan masalah secara baik.
#pbt
#pihakberkuasatempatan
#mpaj
#animalcruelty
#straydog
#strayanimal
#saveourstray
#saveouanimals
#animals
#animalmalaysia
#malaysiaanimal
#malaysiaanimalassociation
Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/videos/3980870341410..
Tweet |
Facebook Comments