Program Care For Cats Sehari Animal Malaysia Bersa..
Tweet |
Program CARE FOR CATS sehari Animal Malaysia bersama pelajar Kolej Universiti Poly-tech MARA Kuala Lumpur pada 29 Oktober 2019 merupakan program pendidikan mengenai hak haiwan.
Speaker program iaitu Presiden Animal Malaysia Arie Dwi Andika bersama Pegawai PRO Animal Malaysia Saudara Asyraf Rahim dan melibatkan beberapa wakil NGO iaitu Abang Kucing (AK) dari Animal Action Team (AAT), Panel Peguam Animal Malaysia Saudara Hafiz Zawawi dari AWAS ADVOCATES dan Datin Surayati Othman dari Persatuan Half-Way Home for Furly Stray.
Pelbagai kesedaran dapat disampaikan kepada golongan sasaran kepada pelajar KUPTM Kuala Lumpur termasuk undang-undang sedia ada terhadap haiwan dan cara menguruskan haiwan sama ada peliharaan atau gelandangan mengikut kehendak Akta Kebajikan Haiwan 2015.
Paling penting adalah kesedaran golongan anak muda dan pelajar mengenai kesalahan kezaliman haiwan dan kepentingan santuni haiwan.
Animal Malaysia berbangga apabila pelajar KUPTM Kuala Lumpur memilih untuk membuat program mengenai kepentingan haiwan berbanding program lain.
Terima kasih kepada penganjur, pelajar dan barisan pengurusan KUPTM Kuala Lumpur.
#kuptm #cats #dogs #animals #strayanimals #stray #wildlife #wildlifeanimals #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation #cruelty #animalcruelty #awareness
Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..
Tweet |
Facebook Comments