Go

Dalam Pengurusan Rescuer Animal Malaysia. Ada Tiga..

 




Dalam pengurusan rescuer Animal Malaysia. Ada tiga ekor anjing dan seekor kucing cedera parah hasil perbuatan zalim dan khianat manusia tidak bertanggungjawab dalam tempoh dua minggu ini.

Kes 1

Anjing diselamatkan di RNR Dengkil Selangor bernama John.

Kecederaan leher terbelah keliling leher akibat jerutan dawai diikat rapi dengan kuat.

Kes 2

Kucing putus kaki dinamakan Tulang.

Kecederaan melibatkan kaki belakang belah kanan hancur hingga tulang keluar dipercayai akibat gilisan tayar. Kucing dijangkiti Sporo dan perlu rawatan Sporo terlebih dahulu. Kucing diselamatkan di Pulau Indah Selangor.

Kes 3

Anjing yang dinamakan Alice adalah anjing mangsa tembakan individu ganas dan zalim menggunakan Senapang Angin (Air Gun). Anjing Alice cedera parah di leher dan pinggang hingga luka dihinggapi ulat dan membusuk. Tetek Anjing betina ini kesemua bengkak susu akibat puppies yang dilahirkan mati kesemuanya. Lokasi Anjing Alice diselamatkan di RNR Dengkil Selangor.

Kes 4

Anjing jantan diberi nama Bangi kerana diselamatkan di Bangi Sentral, Bangi Selangor. Kecederaan Anjing Bangi adalah luka parah sekeliling leher akibat jerutan rantai besi yang telah terlalu lama hingga membentuk luka dalam yang membusuk, bernanah dan berulat.

(Sila rujuk semua foto)

Kesemua haiwan anjing dan kucing malang ini dalam rawatan dan penjagaan rescuer yang diberikan amanah untuk pastikan haiwan dizalimi ini sembuh.

Animal Malaysia mengajak semua rakyat Malaysia ketepikan sentimen anjing haram atau najis. Sebaliknya sama-sama bantu untuk beri hidup yang bahagia buat keempat-empat haiwan terpinggir ini.

‘Tabung Bantu Shelter’ ditubuhkan untuk kumpul RM1,500.00 untuk kita beri kepada adopter atau rescuer yang sanggup terima amanah ambil dan jaga haiwan-haiwan malang ini hingga sembuh sepenuhnya.

Bantuan ambil kira perbelanjaan makanan haiwan untuk tiga bulan kedepan, saguhati penjaga haiwan sakit yang beri makan ubat. Pengendali pembersihan haiwan dan tempat simpanan haiwan serta perbelanjaan operasi tempat teduhan haiwan. Cukup RM1,500.00 kita serah kepada penjaga haiwan.

Jom sama-sama ambik peranan bantu walau sedikit seorang. Jangan biarkan mereka susah seorang diri. Sama-sama cipta kebahagiaan untuk sang haiwan. Sumbangkan keikhlasan anda ke akaun :

Nama Akaun : PERSATUAN HAIWAN MALAYSIA

No. Akaun : 105380001899

Nama Bank : Affin Bank Berhad

Reference : ‘Bantu Shelter’

Dah derma. Tepek slip bank in di ruang komen atau update slip bank in ke WhatsApp +6011-20901097.

Walau anjing dan kucing gelandangan ini tidak dibantu pihak berkuasa. Kita bantu mereka. Mulakan perubahan dari diri kita! Ambik peranan seorang sedikit. Bantulah berapa pon ikut kemampuan kita.

#cats #dogs #stray #strayanimals #animalmalaysia #malaysiaanimal #cruelty #animalcruelty #malaysiaanimalassociation

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.