Go

Anjing Mati Kejam Diracun Penduduk Di Bandar Tasik..

 




ANJING MATI KEJAM DIRACUN PENDUDUK DI BANDAR TASIK PUTERI RAWANG SELANGOR

Tindakan meracun sendiri anjing jalanan merupakan kesalahan Jenayah Kezaliman Haiwan. Kejadian meracun mati anjing oleh penduduk di Bandar Tasik Puteri, Rawang Selangor benar-benar mendidik generasi anak muda menjadi pembunuh dengan cara ambil jalan mudah selesaikan masalah berkaitan konflik haiwan stray dengan manusia.

Adalah menjadi tanggungjawab bersama apabila berurusan makhluk bernyawa dengan cara rancangan relokasi. Pembunuhan anjing begini bukan kaedah humane. Secara tidak langsung mendidik anak generasi menjadi penzalim.

Libatkan pihak berkuasa PBT untuk masalah anjing stray supaya satu kaedah dan langkah pengurusan anjing stray secara berperikemanusiaan dapat dilaksanakan. Langkah ini memandangkan kuasa, kekuatan, tenaga kerja bergaji, peruntukkan dan kemudahan fasiliti ada pada PBT. Apatahlagi negara memiliki Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan memiliki Lembaga Kebajikan Haiwan yang ditugaskan menjaga serta memantau kebajikan semua haiwan dalam negara ini.

Saksi yang tahu pelaku yang meracun diminta tampil untuk salurkan maklumat kepada Animal Malaysia. WhatsApp +6011-20901097. Jangan takut. Maklumat diri dirahsiakan. Bersama kita humbam pelaku kejam ke penjara.

Cukup-cukuplah Malaysia dilabel negara peracun, penembak dan pembunuh anjing oleh pemerhati hak asasi haiwan antarabangsa.

#saveourstray #saveouranimals #strayanimals #animals #dogs #animalmalaysia #stopkillanimals #malaysiaanimals #malaysiaanimalassociation

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.