Disebabkan Pemilik Anjing Cuai Dan Bodoh. Anjing T..
Tweet |
DISEBABKAN PEMILIK ANJING CUAI DAN BODOH. ANJING TIDAK BERAKAL AKAN TERIMA AKIBATNYA
Insiden anjing berpemilik kejar orang awam yang lalu lalang bakal mengundang padah sama ada kecederaan atau kematian akibat kemalangan mahu pun gigitan.
Akibat kebodohan pemilik anjing sengaja membiarkan anjing lepas sebarangan keluar dari premis mahu pun kecuaian pegendalian anjing ketika membuka pintu pagar. Ia bakal menambahkan persepsi buruk terhadap anjing jalanan yang memang sudah mendiami kaki lima.
Seksyen 33 Akta Kebajikan Haiwan 2015 khusus mengajar pemilik anjing yang cuai dan bodoh tidak menguruskan anjing dengan baik hingga memangsakan orang awam yang tidak berdosa.
Sering kita dengar tuduhan dan laporan dilakukan terhadap pelaku penzalim anjing. Namun tidak pernah masyarakat ambil peduli terhadap pemilik anjing yang jadi punca mengapa perbuatan zalim terhadap anjing boleh berlaku.
Malaysia ada undang-undang untuk heret pemilik anjing cuai hingga sebabkan kemalangan, kecederaan dan kematian mangsa serangan anjing berpemilik ke muka pengadilan.
Animal Malaysia menuntut penanggungjawaban terhadap pemilik anjing yang sebabkan berlaku kemalangan kerana mangsa yang tidak berdosa juga perlu dibela dan diperjuangkan. Alasan kita sayang dan kasihankan anjing bukan lesen untuk pemilik melepaskan tanggungjawab setelah berlaku kerosakan harta benda, kerugian dan korban nyawa.
Mangsa yang menerima nasib seperti dalam video ini boleh kemukakan aduan kepada DVS dan laporan polis bagi urusan siasatan, pendakwaan dan keadilan dapat dilakukan dengan adil. Kenal pasti pemilik atau pemunya anjing. Dari mana datangnya anjing dan alamat pemilik. Animal Malaysia sedia beri khidmat nasihat agar suasana menang-menang dapat dicapai oleh mangsa serangan anjing berpemilik dan pemilik anjing yang cuai dan bodoh.
#pets #dogpets #animals #saveouranimals #dogowner #animalmalaysia #malaysiaanimals #malaysiaanimalassociation
Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/videos/2647928178576..
Tweet |
Facebook Comments