Go

Susulan Tersebarnya Video Sepakan, Pukulan Anjing ..

 



Susulan tersebarnya video sepakan, pukulan anjing dan cara serta kaedah tangkapan anjing jalanan oleh kakitangan / vendor Majlis Perbandaran Seremban. Ini ulasan Animal Malaysia :

1- Sejak berkuatkuasa Akta Binatang 1953 (Semakan 2006), Akta Binatang 1953 (Pindaan 2013) serta Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) – TIDAK ADA mana2 Pekerja PBT (Penangkap Anjing) didakwa di Mahkamah atas jenayah kekejaman haiwan. Jika ada pon pendakwaan, hanya lah kepada Kontraktor yang dilantik oleh PBT untuk melaksana kerja-kerja menangkap Anjing. Pekerja PBT yang dibayar Gaji oleh Kerajaan Malaysia – Kita tidak pernah ada precedent (kes duluan).

2- Di bawah Undang-Undang Baru iaitu Akta Kebajikan Haiwan 2015, Lembaga Kebajikan Haiwan mempunyai peruntukan jelas iaitu Seksyen 29 untuk membolehkan Lembaga mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang melakukan kesakitan tidak wajar kepada haiwan

3- Hal ini telah disahkan melalui Soalan Lisan No (17) Ahli Parlimen Bagan Serai Dato Dr Noor Azmi Ghazali kepada Y.B Menteri Pertanian Dato Seri Salahuddin Ayob bertarikh 31 Oct 2019 (Khamis) di Mesyuarat ke 3, Penggal ke 2, Parlimen ke 14.

YB Menteri menjawab ;

” Sekiranya terdapat bukti yang jelas unsur2 penganiayaan semasa menangkap, mengangkut, mengurung dan melupuskan anjing-anjing liar berkeliaran yang dilakukan oleh PBT, pihak atau individu boleh didakwa di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015 “

4- Telah Tular kes Pekerja PBT dari Majlis Perbandaran Seremban (MPS) jelas menyertakan unsur-unsur penganiayaan semasa menangkap Anjing

Bola kini di kaki Lembaga Kebajikan Haiwan untuk melaksana jawapan Y.B Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Mari kita sama-sama lihat bagaimana undang-undang yang dibuat dijalankan oleh Lembaga Kebajikan Haiwan dengan adil dan secara menyanjungi undang-undang?.

#stray #strayanimal #pbt #majlisperbandaranseremban #mps #straydog #saveourstray #saveouranimals #animals #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation


Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/videos/3121097061448..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.