Seekor Anjing Dikesan Terjerut Tali Jenis Jerutan ..
Tweet |
Seekor anjing dikesan terjerut tali jenis jerutan cable wire di kaki dan menglami luka lama yang hampir memutuskan kakinya. Dipercayai jerutan telah lama berlaku.
Menurut sumber tali jerut adalah tali yang sama digunakan oleh pemburu haram untuk memerangkap haiwan liar. Besar kemungkinan niat asal pemburu adalah untuk jerat haiwan liar seperti ayam hutan, babi hutan atau lain-lain haiwan di kawasan berdekatan. Namun amat malang apabila seekor anjing jalanan yang terpijak jerat hingga hampir memutuskan kakinya.
Kaedah pemburuan secara jerat dan jerutan adalah satu kesalahan. Memiliki dan menyimpan jerat sahaja pon merupakan satu kesalahan jenayah hidupan liar di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010. Jika sabit kesalahan boleh didenda dan penjara.
Rescuer berdekatan di Cameron Highland Pahang yang punya ruang dan kesempatan diseru tampil bantu tangkap, lepaskan tali cable jerut dan beri rawatan veterinar kepada sang anjing malang ini.
Lokasi sebenar kali terakhir anjing dikesan keberadaannya ialah di Jalan Persiaran Dayang Endah, Tanah Rata Cameron Highlands. Di hadapan Stor JKR (Jabatan Kerja Raya) Tanah Rata, Cameron Highlands Pahang. Boleh hubungi informer bernama Saudara Asyraf di talian +60179069043 untuk bantuan tunjuk arah.
#dogs #stray #straydogs #animals #strayanimals #malaysiaanimals #animalmalaysia #saveourstray #saveouranimals #malaysiaanimalassociation
Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..
Tweet |
Facebook Comments