Go

Mahu Membuang Anjing Peliharaan Sewenang-Wenangnya..

 



Mahu membuang anjing peliharaan sewenang-wenangnya satu kesalahan. Ia merupakan pembuangan dan pengabaian.

Mengheret anjing secara berantai menggunakan kenderaan hingga cedera satu kesalahan lain. Kesalahan mendatangkan kecederaan dan kesakitan melampau kepada binatang.

Lelaki yang disyaki menzalimi anjing ini dan siapa mengenali lelaki dalam kenderaan boleh tampil hadir kepada Animal Malaysia. Saksi yang merakam kejadian dirayu untuk buat laporan polis dan boleh kita panjangkan kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia supaya satu siasatan dapat dilakukan sama ada terdapat unsur kezaliman atau sebaliknya.

Hal sebenar dan satu penjelasan yang adil harus diperolehi agar keadilan dapat diberikan kepada binatang anjing dan tidak menafikan hak mempertahankan diri sang manusia yang dituduh zalim.

Apa pon alasan. Mengheret anjing dengan menggunakan kekerasan hingga cedera satu perlakuan melanggar Akta Kebajikan Haiwan 2015. Jika terbukti ada unsur jenayah. Penjara 3 tahun dan denda RM100,000.00 sedang menanti di mahkamah.

#dogs #animals #stray #straydogs #strayanimals #saveourstray #saveouranimals #animalmalaysia #malaysiaanimals #malaysiaanimalassociation


Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/videos/1534217320091..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.