Go

Puteh Antara Kucing Malang Di Jalanan Yang Dapat P..

 




Puteh antara kucing malang di jalanan yang dapat perhatian Animal Malaysia. Diselamatkan dalam kondisi lemah dan tidak mahu makan di Kepong Kuala Lumpur.

Puteh diberi rawatan di Vet dengan dan hasil ujian darah mendedahkan Puteh dijangkiti virus F.I.P. Manakala pemeriksaan tubuh badan mendapati dalam mulut Puteh mengalami ulser kronik dan seluruh tubuh banyak luka disebabkan fungus.

Kos anggaran yang dimaklumkan oleh Vet adalah sekitar RM600.00. Sudah tentunya isu dalam urusan membantu haiwan sakit begini adalah kekurangan duit ringgit.

Animal Malaysia adalah NGO yang fokus perjuangkan nasib haiwan daripada perbuatan kezaliman seperti dipukul, dicederakan dan dibunuh. Namun atas dasar kemanusiaan apabila terlihat haiwan sakit kronik depan mata. Urusan menyelamat dan membantu dilakukan walau tidak sepenuhnya untuk semua haiwan.

Ini kerana Animal Malaysia adalah NGO yang berdiri sendiri dengan inisiatif sendiri dari sudut kewangan dan perbelanjaan. Tanpa ada mana-mana bantuan kewangan daripada kerajaan mahu pun bantuan pihak swasta.

Oleh itu sesiapa yang mahu turut sama bantu kos Puteh atau mahu sama-sama beri ruang keselesaan kepada Puteh serta mengukuhkan kewangan Tabung Haiwan Gelandangan boleh beri sumbangan seorang sedikit.

Animal Malaysia perlukan RM900.00 untuk segala kos penjagaan tiga bulan dan disalurkan kepada bakal adopter Puteh demi beri ruang keselesaan kepasa Kucing bernama Puteh. Puteh dijangka discharge dari warded pada hari esok Ahad 12/02/2020 setelah 10 hari berada di ward.

Jom bantu seorang sedikit dengan bank in atau transfer ke akaun : -

PERSATUAN HAIWAN MALAYSIA

No. Akaun : 105380001899

Affin Bank Berhad

Reference : ‘Puteh’

Whatsapp Bank in Slip / Slip Transfer ke +601120901097 untuk rekod atau transfer.

#stray #strayanimals #animals #cats #saveourstray #saveourcats #saveouranimals #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.