Go

Sikap Tidak Peka Dan Tidak Sensitif Pemilik Anjing..

 




Sikap tidak peka dan tidak sensitif pemilik anjing terhadap ketidak selesaan, kemarahan masyarakat dan orang ramai mengenai isu bawa anjing di tempat awam akan menjadikan anjing jalanan yang lain sebagai mangsa kebencian akibat kedegilan dengan pendirian pencinta anjing itu sendiri.

Hanya kerana perangai dan sikap tidak menghormati sensitiviti masyarakat terhadap kebersihan tempat awam dan menghormati sensitiviti faktor agama. Anjing jalanan bakal dibenci dan dimusuhi. Ia berakhir dengan pelbagai provokasi dan insiden kezaliman diluar batasan.

Pemilik anjing perlu dididik agar menjaga tingkah laku yang mendatangkan bahaya terhadap kumpulan anjing jalanan lain hanya kerana kedegilan sikap mereka. Animal Malaysia berpendirian sudah tiba masanya pencinta anjing memelihara anjing secara berkaedah, tertib dan penuh disiplin serta menghormati keadaan demi menutup ruang kebencian terhadap anjing jalanan.

Perlu diingatkan juga membawa anjing peliharaan yang dibawa keluar perlu mengikuti peraturan dan langkah keselamatan terhadap anjing. Antaranya anjing perlu berada dalam sangkar bawaan (carrier), jika membawa anjing untuk senaman. Rantai leher (leash) perlu dipakaikan kepada anjing. Kaedah bawa anjing peliharaan seperti ini bakal mengancam keselamatan anjing.

Jika silap langkah pengendalian anjing. Pemilik bakal berdepan dakwaan Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang membawa kepada hukuman denda minimum RM20,000 dan penjara maksimum 3 tahun. Keselamatan anjing juga perlu diberi keutamaan.

Pencinta dan pemilik anjing perlu berubah!

Lokasi : Tesco Tebrau, Johor

#dog #behave #stray #animals #straydog #strayanimals #behaveyourattitude #animalmalaysia #malaysiaanimals #malaysiaanimalassociation

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.