Babi Hutan Jika Serang Manusia Inilah Akibat Yang ..
Tweet |
Babi Hutan jika serang manusia inilah akibat yang perlu ditanggung. Mangsa diserang dalam premis makanan (warung) di Kampung Jeniang, Jeniang Kedah.
Babi Hutan begini sudah menimbulkan mudarat nyawa. Perhilitan cukup undang-undang untuk menembak mati Babi Hutan.
Di pihak Perhilitan mestilah memastikan penembak itu terlatih. Memilih jenis peluru yang tepat dan mesti ke arah ‘one shoot to kill’. Tembakan yang berkali-kali untuk bunuh Babi Hutan tidak dibolehkan dan ia menjurus kezaliman.
Penduduk boleh bertindak sendiri mempertahankan diri jika diancam. Tetapi tindakan itu tidak boleh berlebih-lebihan. Jika tindakan itu telah membunuh mana-mana hidupan liar. Pembunuhan itu hendaklah dilaporkan kepada Perhilitan atau Polis tanpa kelengahan dan mengisytiharkan senjata apa diguna pakai.
Serangan Babi Hutan dikategorikan sebagai serangan hidupan liar. Mangsa boleh buat tuntutan kepada TABUNG SERANGAN BINATANG BUAS anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah masing-masing.
Hutan-hutan yang berkurangan adalah kerja tangan orang politik dan akibatnya rakyat serta haiwan yang menanggungnya. Maka jadilah ia konflik haiwan dan manusia. Puncanya daripada pemimpin rakus menarah hutan.
#babihutan #wild #wildlife #wildanimals #animals #saveourwildlife #saveouranimals #animalmalaysia #malaysiaanimals #malaysiaanimalassociation
Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..
Tweet |
Facebook Comments