Hak Penduduk Dan Pemilik Kucing Yang Dibuli Joint ..
Tweet |
HAK PENDUDUK DAN PEMILIK KUCING YANG DIBULI JOINT MANAGEMENT BODY (JMB)
JMB yang mengurus Kondo / Apartment / Flat dan Rumah2 Tinggi tertakluk kepada Akta Pengurusan Strata 2013. Mereka hanya diperuntuk kuasa di common area saja dan bukan DALAM rumah kita
Pemilik kucing boleh terus membelihara apa-apa binatang. Jika JMB beri surat, ia setakat surat saja. Mereka tetap tak boleh masuk. Jika mereka suruh Security Guard datang dan nak masuk rumah, jangan beri.
Kalau nak masuk juga, buat rakaman dan suruh mereka pecah kan pintu supaya jenayah trespassing itu berlaku. Lalu, pemilik kucing boleh buat Laporan Polis terhadap mereka untuk kenakan tindakan kepada mereka.
House Rule tidak berkuasa seperti Kanun Keseksaan. Mereka boleh hantar surat tapi mereka tak ada Pasukan seperti Polis untuk menguatkuasa.
Jika JMB mintak bantuan PBT untuk masuk ke rumah, mintak PBT tunjukkan Perintah Mahkamah untuk menggeledah.
Hal ehwal haiwan belaan, Polis tak akan masuk campUr dan mereka akan serahkan kepada PBT. Polis lebih kepada hal ehwal nyawa
House Rule banyak yang tak valid. Dan kes-kes melanggar House Rule sangat jarang di bawa ke Mahkamah kerana – Ia sendiri akan menyusahkan Pengerusi JMB, Building Executive termasuk Security Guard yang tak faham Undang-undang.
Nasihat Animal Malaysia, boleh pelihara haiwan kesayangan. Ia amalan murni dan mendidik masyarakat bertanggungjawab dan lebih menyantuni makhluk. Tetapi jaga kebersihan, jangan terlalu banyak bilangan haiwan dan jangan bebaskan haiwan keluar daripada premis sendiri sehingga pemilik sendiri tak boleh urus kebersihan dan menimbulkan ketidak selesaan terhadap penduduk lain.
Kes-kes Mahkamah yang libatkan pertikaian Pemilik Rumah, Pengurusan JMB serta Pesuruhjaya Bangunan hanya diperingkat Mahkamah Municipal saja. Ia bukan Mahkamah Jenayah yg boleh memenjarakan orang dan kedudukan Mahkamah Municipal lebih rendah daripada Mahkamah Magistrate.
#jmb #pbt #abangkucing #pets #rescuer #rescue #animalrescuer #animalrescue #cats #dogs #saveouranimals #petanimals #animals #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation
Gambar : Sekadar hiasan
Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..
Tweet |
Facebook Comments