Go

1999 -2019 20 Tahun Wabak Nipah Yang Melanda Malay..

 




1999 -2019 : 20 TAHUN WABAK NIPAH YANG MELANDA MALAYSIA SATU KETIKA DULU.

Wabak misteri ini menyebabkan 265 kes keradangan otak di laporkan dengan 105 kematian. Industri penternakan babi yang bernilai Billion ringgit lumpuh serta merta.

.

Seorang demi seorang, tumbang, mati.

Pemuda yang sihat sejahtera, keesokannya pengsan, dengan otak yang bengkak. Tidak boleh bergerak. Tidak boleh bercakap.

Tiada apa yang boleh dilakukan. Tiada ubat. Tiada vaksin. Separuh daripada pesakit meninggal dunia

.

Pada ketika ini, pihak berwajib meminta orang ramai untuk bertenang.

Ramai yang mempercayai wabak yang berlaku dipercayai berpunca dari jangkitan Japanese Encephalitis, sejenis virus yang di sebarkan oleh nyamuk.

Aktiviti kawalan ketika itu adalah dengan menggunakan semburan termal fogging, namun anehnya kes masih lagi menular. Apa sebenar punya wabak misteri ini?

Perkara ini menimbulkan keraguan kepada 2 pengkaji tempatan dari Universiti Malaya, Dr Chua dan Dr Tan.

Mereka sedar bahawa penyakit ini TIDAK menjangkiti populasi Muslim. Mereka juga memerhatikan di Nipah, Negeri Sembilan, di mana terdapat banyak ladang khinzir, ramai kehilangan nyawa.

.

“Tidak, tidak. Saya tahu ianya bukan nyamuk. Dan semakin ramai meninggal dunia!”

“Tetapi tiada siapa mempercayai saya,” tegas Dr Chua.

Beliau merayu, tetapi semuanya menutup telinga.

Berita ini dikongsi dengan sang profesor, malangnya tidak diendahkan.

“Awak hanya membuang masa,” jawab profesor.

Pihak berkuasa juga tidak mempercayai beliau.

Akhirnya, Dr Chua meyakinkan profesor untuk menghantar beliau ke Pusat Kawalan Penyakit (Centers for Disease Control, CDC) di Amerika Syarikat untuk menyelidik ‘penyakit bawaan nyamuk’.

Tetapi sebenarnya, beliau menyelinap virus baru ini yang dibungkus rapi, disimpan dalam bagasi, seterusnya menaiki penerbangan.

Jelas sekali, cara beliau melanggar prosedur keselamatan dan kuarantin.

“Ianya adalah kecemasan, saya terpaksa membawanya ke sana segera,” kata Dr Chua.

Di bawah mikroskop CDC yang berkuasa tinggi, akhirnya terungkai misteri.

“Ianya adalah paramyxo!”

“Berhenti lawan nyamuk!” kata Dr Chua sejurus menelefon pihak berwajib di Malaysia. “Penyakit ini datangnya dari khinzir.”

Kerajaan Malaysia tidak menunggu lagi. Anggota tentera dikerah.

Kubur besar digali. Khinzir-khinzir pembawa virus maut di tolak ke lubang besar ini , lalu ditembak.

“Oikkkk…..Oikkkkkkk”

“Khinzir-khinzir ini menjerit, dan ada yang menitis air mata,” kata Muniandy, seorang pekerja di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia. “Ianya menyedihkan.”

1 juta ekor khinzir dimusnahkan. Ternyata, ianya berkesan.

Serangan terhenti. Virus pembunuh, hilang. Berakhir wabak penyakit yang telah menyebabkan kematian lebih 100 mangsa ini.

Kisah dan rentetan dari wabak bersejarah yang melanda negara 20 tahun lalu boleh di saksikan di ;

Galeri Seni, Bangunan Canselori Universiti Malaya.

Pameran akan di paparkan sehingga 30 April ini.

Sumber : Public Health Malaysia

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.