Go

Animal Malaysia Dan Seluruh Pencinta Haiwan Di Mal..

 




Animal Malaysia dan seluruh pencinta haiwan di Malaysia mengecam usaha UMNO Bahagian Pokok Sena Kedah yang akan menganjurkan Perhimpunan Bantahan Penempatan Anjing Liar di Padang Rumput Pejabat Haiwan Pokok Sena.

Bantahan bakal berlangsung esok di Pejabat Haiwan Pokok Sena melibatkan keempat-empat sayap UMNO Bahagian Pokok Sena dan semua cawangan yang ada dalam UMNO Bahagian Pokok Sena.

Animal Malaysia menasihatkan supaya UMNO Bahagian Pokok Sena menjadi sebuah parti politik yang tidak memprovokasi serta mendiskriminasi anjing dan fokus kepada perjuangan asal parti UMNO iaitu memperjuangkan nasib kedudukan, ekonomi, pendidikan bangsa Melayu dan Bumiputera serta menumpaskan perasuah, penjilat dalam parti dan kaki ampu.

UMNO Bahagian Pokok Sena juga dinasihati tidak menghasut dan mengajak ahli partinya untuk bermusuhan dan berkonfrontasi dengan anjing-anjing jalanan.

P/S :

Didalam kelompok anjing tiada ahli UMNO Bahagian Pokok Sena. Jadi jangan pula di dalam UMNO Bahagian Pokok Sena ada anjing menyalak.

Rujuk post :

https://www.facebook.com/633109216896282/posts/1185268875013644/

#umno #perjuanganbelumselesai #umnopokoksena #anjingdanumno #anjingumno #umnoanjing #anjing #dogs #stray #strayanimals #animals #saveourstray #saveouranimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.