Hari Ini Seluruh Penduduk Pokok Sena Kedah Turun P..
Tweet |
Hari ini seluruh penduduk Pokok Sena Kedah turun padang bawa suara membantah Cadangan Penempatan Anjing Liar (Dog Shelter) di kawasan Pokok Sena.
Sekiranya bantahan diterima dan pembinaan penempatan anjing liar dibatalkan. Penduduk Pokok Sena Kedah tidak boleh merungut dengan keberadaan anjing di jalanan.
Akta Kebajikan Haiwan 2015 menyediakan hukuman penjara hingga 3 tahun dan denda hingga RM100,000.00 sekiranya ada mana-mana pihak meracun, membunuh dengan sengaja secara zalim, menganiaya, mencederakan atau melalukakan kesengsaraan terhadap anjing jalanan yang ada.
Tangkapan anjing jalanan mesti dilakukan secara berkebajikan jika menimbulkan kacau ganggu oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan pengurusan pemindahan anjing perlu dilakukan secara berkaedah selaras Akta Kebajikan Haiwan 2015.
Masyarakat diminta pantau golongan penzalim yang bakal wujud dan telah dikenal pasti. Ada kezaliman. Maka ada kes di mahkamah!
#pokoksena #anjing #dogs #anjingjalanan #stray #animals #straydog #strayanimals #saveourstray #saveouranimals #animalmalaysia #malaysiaanimal #malaysiaanimalassociation
Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..
Tweet |
Facebook Comments